Bina Langat 2 Dahulu, Tarif Air Bincang Kemudian - Peter Chin

Diterbitkan: Jumaat, 13 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata kerajaan Selangor hendaklah mengutamakan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) terlebih dahulu sebelum membincangkan hal tarif air.

Beliau berkata apa yang lebih penting adalah kebajikan rakyat yang bakal berdepan dengan krisis air di Lembah Klang sekiranya isu kekurangan bekalan air tidak diselesaikan segera.

"Kalau tidak ada air, tidak guna kita bincang tentang tarif. Kalau kita tidak buat sesuatu untuk menambah bekalan air, kita akan hadapi krisis bekalan air," katanya semasa menutup Forum Mengenai Isu Bekalan Air Selangor anjuran kementerian di sini, Khamis.

Turut hadir timbalannya Datuk Noriah Kasnon, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Tan Sri Rozali Ismail.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata tarif air lebih tinggi merupakan alasan kenapa kerajaan negeri membantah projek berkenaan dan pembinaan Langat 2 akan membebankan rakyat kerana ia akan menyebabkan tarif air menjadi lebih tinggi. Pembinaan loji bernilai RM8.65 bilion itu diluluskan Kerajaan Persekutuan bagi memenuhi keperluan bekalan air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sehingga tahun 2025 dan dijangka siap pertengahan 2014.

Projek itu bagaimanapun ditangguhkan sementara menunggu kelulusan kerajaan negeri berhubung beberapa perkara termasuk tanah dan kos air.

Chin berkata beliau pernah mendapatkan nasihat daripada Peguam Negara untuk meneruskan projek Langat 2 tanpa kebenaran kerajaan Selangor tetapi Peguam Negara memaklumkan Kerajaan Persekutuan tidak boleh berbuat demikian kerana tanah untuk pembinaan loji berkenaan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Selangor.

"Peguam Negara memaklumkan bahawa perkara itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saya tidak dibenarkan mengingkarinya. Itulah hakikat sebenarnya kenapa saya tidak teruskan projek ini," katanya.

Chin berkata kerajaan persekutuan telah menyediakan beberapa perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan air seperti melancarkan pelan mitigasi dengan kos RM606 juta bagi memenuhi permintaan air di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya sehingga 2016.

Beliau berkata Kerajaan Persekutuan turut meminta bantuan dari Negeri Sembilan untuk menyalurkan air ke tiga kawasan berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan