SPR Rangka Kod Etika Peranan Kerajaan Sementara Sebelum PRU-13

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam proses merangka kod etika peranan kerajaan sementara untuk memerintah dan mengurus negara selepas Parlimen dibubar untuk pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi meneliti perkara itu sebelum ia dirujuk kepada Peguam Negara dan seterusnya dibincangkan dengan kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN).

"Di bawah perlembagaan kerajaan, apabila Parlimen dibubar kerajaan sekarang ini berhak berperanan sebagai kerajaan sementara kerana tiada negara di dunia ini yang tidak mempunyai kerajaan dalam satu masa.

"Jadi SPR berperanan merangka etika itu kepada siapa (kerajaan) yang memerintah dan ia (etika) perlu dipatuhi. SPR akan merangka secara menyeluruh termasuk mengkaji dokumen di Australia dan United Kingdom untuk dijadikan contoh sebelum berbincang dengan pihak undang-undang (Peguam Negara)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan taklimat persediaan Pilihan Raya Umum ke-13 kepada pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya di sini, Khamis.

Beliau berkata kod etika berkenaan akan memperjelaskan peranan kerajaan sementara dalam memerintah negara selepas Parlimen dibubarkan dan sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.

"Dalam kerajaan sementara sekiranya beliau Perdana Menteri, akan tetap jadi Perdana Menteri, Menteri Pertahanan akan tetap jadi Menteri Pertahanan tapi ada perkara yang tak boleh buat sebagai pemimpin parti kerana yang bertanding dalam pilihan raya adalah parti dan konsep kerajaan sementara itu perlu dihormati.

"Saya tidak boleh jelaskan satu persatu (etika) sebab kita masih di peringkat perbincangan dan kita tak mahu nanti ia bercanggah dengan perlembagaan atau ia menyalahi undang-undang...nanti akan dipertikaikan," katanya.

Wan Ahmad menjelaskan kod etika itu merupakan satu daripada cadangan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

"Mereka (ahli jawatankuasa itu) keluarkan sebanyak 22 cadangan dan perkara ini merupakan salah satu daripada cadangan itu selain akses kepada media, dakwat kekal, undi pos, awal tempoh kempen.

"Mana yang kita dapat laksanakan kita akan laksanakan dan mana yang perlu kita pinda undang-undang kita akan pinda," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan