PRU13: SPR Rampas Barangan Kempen Keluarkan Kenyataan Langgar Fatwa Agama

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Suruhanyajaya Pilihan Raya (SPR) tidak teragak-agak untuk merampas barangan mana-mana pihak seperti kain rentang, cakera padat dan video yang mengeluarkan kenyataan dengan melanggar fatwa agama ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata tindakan itu diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Isu-isu agama ini sudah bangkit balik dan kita bimbang sekiranya terdapat barangan seperti kain rentang, video dan CD yang mempunyai kenyataan-kenyataan mengenai fatwa yang tidak betul sebagai contoh kain rentang 'undi satu parti masuk syurga'.

"Ini tidak betul dan kita akan turunkan kain rentangnya," katanya kepada pemberita selepas taklimat persediaan PRU-13 kepada pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya di sini, Khamis.

Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Pilihan Raya negeri Perak, Ahmad Adli Abdullah dan Timbalan Setiausaha (Pilihan Raya) SPR Datuk Noordin Che Ngah.

Beliau berkata SPR akan bekerjasama dengan polis dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memantau perkara terbabit agar ia dapat dielakkan. Selain itu, SPR juga akan menurunkan kain rentang yang menyentuh peribadi calon parti, mengkritik keputusan mahkamah, mempertikaikan isu raja dan sensitiviti sesuatu kaum.

Mengenai anggota SPR yang terlibat dalam menguruskan proses pilihan raya di Perak, beliau berkata pihaknya telah menubuhkan 48 pasukan yang mana setiap Parlimen akan menempatkan dua pasukan.

"Kemungkinan kita akan tambah lagi pasukan seperti satu kawasan yang mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri perlu ada tiga pasukan. Bagaimanapun pegawai SPR akan berbincang dengan Pengarah SPR Perak sekiranya perlu penambahan pasukan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan