PM Dijangka Umum Jumlah Perlindungan Insurans Penjaja, Peniaga Kecil - Ismail

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan jumlah perlindungan di bawah skim insurans berkelompok penjaja dan peniaga kecil sebaik sahaja cadangan pewujudan skim insurans itu mendapat kelulusan kabinet Persekutuan.

Sambil menyifatkan pemberian insurans kepada penjaja dan peniaga kecil sebagai "hadiah Perdana Menteri" untuk golongan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementeriannya kini giat mengumpul senarai nama penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar di seluruh negara bagi memudahkan pelaksanaan skim insurans berkenaan.

"Kita tidak mahu ada nama penjaja dan peniaga kecil yang "terkeluar" daripada senarai. Sebab itu, kita mahu senarai penuh penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar di Sabah, Sarawak, Labuan dan negeri-negeri lain sebelum kertas cadangan berhubung skim insurans ini dikemukakan kepada kabinet untuk kelulusan," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap pada majlis pertemuan dengan persatuan penjaja dan peniaga kecil Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di sini hari ini.

Katanya skim insurans itu memberi kebaikan kepada penjaja dan peniaga kecil semasa berlaku kemalangan atau kematian.

Katanya skim perlindungan insurans itu merupakan salah satu kemudahan yang sedang dirangka kementeriannya sebagai susulan pengumuman Perdana Menteri selepas pertemuan beliau dengan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Malaysia di Kuala Lumpur pada 27 Mei lepas.

Beliau berkata terdapat 34 persatuan penjaja dan peniaga kecil di Sabah dengan jumlah ahli berdaftar seramai 1,730 orang.

Selain itu, Ismail Sabri berkata kabinet Persekutuan bersetuju dengan penubuhan sebuah Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil peringkat negeri dan Kebangsaan yang antaranya berperanan menjadi forum untuk membantu dalam merancang, dan menggubal sebarang bentuk dasar atau strategi bagi membangunkan sektor penjaja dan peniaga kecil. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan