Perceraian Akibat Perbezaan Fahaman Politik Kes Terpencil - Mufti Kelantan

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kes perceraian suami isteri melibatkan perbezaan fahaman politik di Kelantan adalah terpencil, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Mohamad Shukri berkata setiap manusia tidak lari daripada mempunyai fahaman dan pandangan berbeza mengenai sesuatu perkara dan tidak mustahil perselisihan faham akan berlaku jika masing-masing tidak boleh bertolak ansur dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

"Soal perceraian ini pada anggapan saya bukan soal parti sangat, barang kali ada hal-hal lain dan soal parti itu hanya dijadikan sebab serta alasan. "Jika betul dakwaan perceraian itu disebabkan perbezaan fahaman parti, saya rasa masyarakat perlu menilai kembali fahaman mereka dan perlu menguruskan perbezaan pandangan itu dengan sebaik-baiknya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Qaseh Ramadan anjuran Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, Khamis.

Akhbar hari ini melaporkan Yahaya Ibrahim, 78, dari Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas, semalam, terhadap isterinya, Che Hasnah Che Ahmad, 61, selepas lelaki itu menganggap isterinya sesat kerana tidak menyokong PAS.

Che Hasnah mendakwa sejak berkahwin dengan suaminya kira-kira 14 tahun lalu, suaminya pernah beberapa kali mengajaknya menyertai PAS namun dia tetap dengan pendiriannya menyokong Barisan Nasional (BN). -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan