Pengerusi, Ahli Suruhanjaya Diraja Pati Akan Diumum

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Nama pengerusi dan ahli-ahli yang bakal menganggotai Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung masalah pendatang tanpa izin di Sabah akan diumum tidak lama lagi, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

"Pada masa sekarang, kerajaan hanya menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman kerana hanya Yang di-Pertuan Agong boleh membuat lantikan itu," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Paul Kong Sing Chu mengenai perkara itu pada persidangan Dewan Negara pada Khamis.

Awal Jun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Kabinet bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menangani masalah berkaitan pendatang tanpa izin di Sabah.

Liew berkata anggota surunhajaya itu akan dipilih di kalangan mereka yang berpengalaman luas dan mempunyai kefahaman mendalam berhubung isu pendatang tanpa izin di Sabah.

Terma rujukan Suruhanjaya Siasatan Diraja itu kini berada di peringkat akhir penggubalan untuk memastikan terma yang ditetapkan itu adalah menyeluruh supaya masalah pendatang tanpa izin di Sabah ini dapat diselesaikan secara komprehensif, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan