Mansuh Akta Hasutan, Bukti Kerajaan Bukan Sekadar Cakap Kosong - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELAMA: Pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi membuktikan kerajaan bukan sekadar bercakap kosong tanpa melaksanakan apa-apa apabila melaungkan transformasi politik, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata langkah pemansuhan akta itu adalah bukti kerajaan menepati janji untuk melaksanakan transformasi nasional dan sekaligus menangkis persepsi pihak tertentu bahawa kerajaan menggunakan akta itu terhadap pihak tertentu.

"Kita bukan sebut atau umumkan sahaja (mengenai transformasi) tetapi kita laksanakan. Sebahagian undang-undang yang kita perkenalkan telah kita kuatkuasakan, ini (pemansuhan Akta Hasutan) satu langkah terbaru yang menunjukkan kerajaan mengikuti perubahan masyarakat," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar Mini (Mini RTC) Sungai Siputeh di sini hari ini, katanya kerajaan prihatin terhadap perkembangan dan perubahan dalam masyarakat yang mahu satu sistem yang lebih telus dan terbuka selari dengan amalan demokrasi serta tuntutan hak asasi manusia.

Beliau berkata pembangkang juga tidak menjangka mengenai langkah berani yang dibuat kerajaan dalam membawa transformasi nasional terutama dalam aspek politik.

Timbalan Perdana Menteri berharap rakyat dapat menilai kesungguhan kerajaan dalam usaha melaksanakan transformasi nasional yang turut merangkumi perubahan politik.

Rang undang-undang baru bagi menggantikan Akta Hasutan itu kini berada di peringkat akhir penelitian sebelum dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang, katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamim kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan