Keputusan Permohonan Ke IPTA Sesi Akademik 2012/2013 Diketahui Esok

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2012/2013 akan diumumkan Jumaat.

Pemangku Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Ismail Nor Hassan Basri berkata calon yang memohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai pukul 12 tengah hari.

"Pemohon boleh menyemak permohonan mereka menerusi tiga saluran utama iaitu laman sesawang KPT; talian bantuan (Helpline), talian hotline; dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Calon boleh menyemak menerusi laman web http:upu.mohe.gov.my atau di talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777 dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS); UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

Menurut laman sesawang KPT, keputusan kemasukan permohonan akan dikeluarkan pada minggu kedua bulan Julai tetapi tiada sebarang tarikh dinyatakan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa menafikan berlakunya kelewatan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA.

"Keputusan bukan lambat. Memang 13 Julai telah ditetapkan. Keputusan belum boleh disemak, belum dimasukkan ke dalam sistem. Pemilihan akhir oleh universiti sedang berlangsung," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan