Isu Padang: MB Janji Kaji Laporan Selcat

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan negeri memberi jaminan untuk mengambil kira hasil siasatan Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berhubung status padang kompleks sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kelana Jaya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan membuat keputusan mengenai projek kontroversi tersebut selepas meneliti laporan penuh Selcat.

"Kerajaan negeri akan menerima laporan Selcat untuk kita usahakan satu penyelesaian," katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, Khamis.

Beliau menjawab soalan Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) yang mengetahui mengenai status terkini cadangan pembangunan hartanah bagi memajukan kawasan padang PKNS di Kelana Jaya.

Sebelum ini Selcat dilaporkan membuat keputusan agar rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) yang diwartakan pada 13 Jan 2011 oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor perlu dibatalkan kerana ia dibuat tidak mengikut undang-undang.

Selcat mengesyorkan bahawa kerajaan negeri boleh membatalkan (RTPJ2) dengan nasihat daripada penasihat undang-undang negeri.

RTPJ2 adalah dokumen yang menimbulkan kontroversi apabila laporan yang dirujuk oleh JPBD negeri mendapati padang awam milik PKNS telah dizonkan sebagai kawasan lapang dan rekreasi manakala dokumen yang dirujuk oleh MBPJ pula dizonkan sebagai zon komersial.

Sementara itu menjawab soalan tambahan Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia) berhubung sama ada projek itu akan ditarik balik selaras dengan keputusan untuk menghentikan sebarang projek usaha sama antara PKNS dan swasta, Abdul Khalid berkata perkara itu masih diperingkat kajian.

"Berdasarkan perjanjian asal PKNS mempunyai kepentingan 30 peratus, ia tidak memberi kebaikan kepada kita.

"Sebab itu saya minta supaya perjanjian itu dilihat semula adakah kepentingan kerajaan negeri dan rakyat setempat diambil kira dalam usahama tersebut," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan