Caj Premium Bukan Punca Kenaikan Harga rumah - Awang Adek - Berita Semasa | mStar

Caj Premium Bukan Punca Kenaikan Harga rumah - Awang Adek

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Caj premium bukan penyebab dan tidak memberi kesan ketara terhadap kenaikan harga rumah, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Beliau berkata caj berkenaan bukanlah sesuatu yang baru dan telah lama digunakan bagi sesuatu pembangunan yang hendak dijalankan di seluruh negara serta tiada bukti menunjukkan caj premium menyumbang kepada kenaikan mendadak harga rumah.

"Secara keseluruhannya kadar caj premium juga sudah lama tidak dinaikan," katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Chiw Tiang Chai sama ada caj premium menjadi faktor kenaikan harga rumah di bandar-bandar besar pada persidangan Dewan Negara, Khamis.

Awang Adek berkata banyak faktor menyumbang kepada kenaikan harga rumah terutama di bandar-bandar besar.

"Kenaikan kos bahan binaan dan upah sebanyak 30 peratus daripada harga rumah, permintaan melebihi penawaran khususnya harta bertanah di bandar-bandar besar, spekulasi oleh pembeli sendiri, kenaikan nilai tanah dan deposit yang minimum untuk membeli rumah daripada pemaju seperti skim '5/95' iaitu 5 peratus deposit dan 95 peratus pinjaman," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan