SPR Belum Terima Jawapan Pemerhati Luar Negara Untuk PRU-13

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum menerima sebarang maklum balas daripada beberapa buah negara luar yang dilantik untuk menjadi pemerhati antarabangsa bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata SPR telah menjemput beberapa negara luar untuk menjadi pemerhati antarabangsa semasa proses PRU-13 antaranya Indonesia, Thailand dan beberapa negara lain.

"SPR juga sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk bergabung menjadi satu pasukan pemerhati dalam negeri pada PRU nanti.

"Makluman itu memudahkan mereka sebagai satu pasukan dan menjadi pemerhati di 222 buah kawasan parlimen seluruh negara jika inisiatif ini menjadi satu kenyataan," katanya semasa menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin di Persidangan Dewan Negara, Rabu.

Muhamad Yusof ingin tahu adakah kerajaan bercadang menerima pemerhati luar negara semasa Pilihan Raya Umum ke-13.

Liew berkata selepas proses pilihan raya selesai pemerhati yang dilantik akan membuat laporan dan diserahkan kepada SPR.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Muhamad Yusof, beliau berkata terdapat ramai pegawai yang akan bertugas semasa PRU yang dilantik oleh SPR dan mereka akan diberi latihan dan kursus tentang peraturan dan undang-undang semasa proses pilihan raya berlangsung. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan