SPR Akan Pinda Undang-Undang Benarkan Rakyat Malaysia Luar Negara Undi Pos - Berita Semasa | mStar

SPR Akan Pinda Undang-Undang Benarkan Rakyat Malaysia Luar Negara Undi Pos

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Seorang petugas SPR menunjukkan proses pengundian dalam sesi demonstrasi di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya. Foto MOHD SAHAR MISNI
Seorang petugas SPR menunjukkan proses pengundian dalam sesi demonstrasi di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya. Foto MOHD SAHAR MISNI

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengkaji keperluan untuk meminda undang-undang yang membenarkan semua rakyat Malaysia di luar negara mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, usul itu akan dibawa ke sesi Dewan Rakyat yang akan bersidang September ini.

"Kita akan kaji sama ada perlu buat pindaan undang-undang atau sebaliknya bagi membolehkan semua rakyat Malaysia yang berada di luar negara menikmati kaedah undi sedemikian," katanya selepas sesi penerangan proses pengundian dan susun atur bilik mengundi kepada media di sini, Rabu.

Namun demikian, beliau berkata rakyat Malaysia yang mahu menikmati kemudahan ini mesti berada dalam negara sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.

"Syarat itu bagi memastikan rakyat Malaysia di luar negara tahu perkembangan politik di tanah air. Di Singapura misalnya, mereka tetapkan tempoh tiga tahun," katanya.

Setakat ini, hanya pelajar sepenuh masa dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara serta pasangan masing-masing dibenarkan untuk mengundi secara pos.

"Mereka yang berada di luar negara dan tidak termasuk dalam kategori ini perlu kembali ke Malaysia untuk mengundi pada hari pengundian dalam bahagian pilihan raya yang namanya telah didaftarkan," katanya.

Beliau berkata, pindaan itu dilakukan bagi memudahkan proses pengundian di luar negara dan menambahbaik sistem pilihan raya di negara ini.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang membentangkan laporannya di Parlimen, April lalu, antara lain mencadangkan semua rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dibenarkan mengundi pos.

Abdul Aziz berkata, hanya 2,700 rakyat Malaysia di luar negara mendaftar sebagai pengundi berbanding 20,000 yang berdaftar di pejabat kedutaan.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan