Selangor Nafi Rumah Urut, Hotel Bajet Sarang Maksiat

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menafikan kewujudan rumah urut, spa, pusat kesihatan dan kecantikan serta pertambahan hotel bajet di negeri itu sebagai penyumbang atau sarang aktiviti maksiat.

Bagaimanapun Exco Selangor, Ronnie Liu mengakui wujudnya aktiviti salah guna lesen perniagaan bagi menjalankan aktiviti maksiat.

"Memang banyak yang melanggar undang-undang, namun lesen mereka telah dibatalkan.

"Kebanyakkan lesen yang ada sekarang adalah lesen untuk pusat kesihatan atau kecantikan," katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, Rabu.

Menurut Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran, tiada lesen baru bagi perniagaan rumah urut dikeluarkan sejak 2006.

Katanya berdasarkan rekod, jumlah rumah urut atau spa di Selangor ialah sebanyak 571 manakala pusat hiburan adalah sebanyak 775.

Ronnie juga mengakui bahawa kelemahan aktiviti penguatkuasaan menyumbang kepada peningkatan aktiviti maksiat ekoran penyalahgunaan lesen perniagaan.

"Ini isu penguatkuasaan. Saya minta semua PBT buat operasi bersepadu. Memang ada yang dapat lesen, tapi buat aktiviti lain, jadi kita perlu pantau aktiviti ini," katanya.

Menjawab soalan tambahan Dr Mohd Nasir Hashim (PSM-Kota Damansara) berhubung keperluaan untuk dijalankan kajian sama ada pertambahan hotel bajet di Selangor menyumbang kepada aktiviti maksiat, Ronnie menolak pandangan berkenaan.

"Kita jangan anggap semua hotel bajet adalah tempat maksiat. Kalau nak katakan ia tempat aktiviti maksiat, kita juga perlu akui hotel lima bintang pun boleh lakukan maksiat...mana-mana tempat pun boleh.

"Ini juga adalah isu penguatkuasaan, kita minta PBT buat pemantauan. Kita tak boleh anggap semuanya (hotel bajet) sebagai tempat maksiat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan