Notis Di Pawagam: PAS Pertahan Keputusan MDKS - Berita Semasa | mStar

Notis Di Pawagam: PAS Pertahan Keputusan MDKS

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KHALID SAMAD. Foto K K SHAM.
KHALID SAMAD. Foto K K SHAM.

SHAH ALAM: Pemimpin PAS Selangor mempertahankan keputusan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengarahkan operator pawagam meletakkan notis peringatan kepada pasangan bukan muhrim agar tidak duduk berdua-duaan di dalam panggung wayang.

Kata mereka, notis itu penting sebagai peringatan kepada pasangan bukan muhrim agar tidak menjadikan panggung wayang sebagai tempat untuk berasmara dana. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad mengakui ahli-ahli majlis PAS dalam MDKS bertanggungjawab membuat cadangan itu.

Bagaimanapun katanya mereka tidak berniat sama sekali untuk melaksanakan nilai-nilai Islam ke atas pelanggan bukan Islam.

“Pawagam adalah merupakan tempat awam untuk seisi keluarga menonton filem. Kami menerima aduan daripada keluarga yang membawa anak-anak ke pawagam dan melihat terdapatnya pasangan Islam yang memadu kasih di dalam pawagam dan mereka tidak suka," ujar Khalid.

Oleh itu, kata Khalid, PAS hanya sekadar mahu mengingatkan masyarakat agar tidak berkelakuan sumbang di dalam pawagam.

"Jangan jadikan pawagam sebagai kelab malam,” kata Khalid lagi.

Ahli Parlimen Kuala Selangor dari PAS, Dr Dzukefly Ahmad sementara itu berkata, isu tersebut akan dibincangkan semula dalam mesyuarat penuh ahli majlis MDKS hujung bulan ini.

Semalam, Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu telah mengarahkan MDKS supaya membekukan sementara waktu arahan penampalan notis yang melarang pasangan bukan muhrim daripada duduk berdua-duaan di dalam pawagam sehingga perkara ini dikaji secara menyeluruh.

Menurut Ronnie pelaksanaan arahan itu dibuat tanpa merujuk terlebih dahulu kepada kerajaan negeri.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak mahu sesuatu pelaksanaan sebarang peraturan baru di peringkat kerajaan tempatan dilakukan tanpa seragam.

Sebarang peraturan baru di peringkat negeri mestilah dilakukan secara menyeluruh dan bukannya secara berasingan sepertimana yang berlaku di Kuala Selangor, katanya.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman pula berkata, notis yang dilekatkan pada pawagam di Kuala Selangor hanya merupakan satu peringatan untuk pasangan bukan muhrim.

Keputusan itu, katanya dibuat oleh Jabatan Perlesenan MDKS sewaktu pengeluaran lesen dahulu.

“Ia belum lagi dibawa ke peringkat mesyuarat penuh majlis lagi tetapi hanya diputuskan di peringkat perlesenan sahaja," katanya kepada para pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri di sini, Rabu.

Satu-satunya pawagam di Kuala Selangor - Lotus Five Star - dilaporkan telah menaikkan notis peringatan tersebut yang antara lain melarang pasangan bukan muhrim duduk sebelah menyebelah di dalam pawagam.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan