Lelaki Sakit Mental 'Mengeluh' Tentang Agama Dan Kehidupan Dalam Blog

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Lelaki dengan pedang samurai yang mengamuk di perkarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri pernah mengadu tentang pergolakan zaman kanak-kanak.

Khalil Afandi Abd Hamid, 47, memberi sekilas gambaran tentang kehidupan awal dirinya dalam beberapa entri di laman blognya yang berusia sebulan.

"Apabila adik-beradik saya tidur dalam keadaan aman damai, saya akan memikirkan tentang kehidupan yang penuh dengan kesengsaraan. Saya tidur bersama air mata.

"Semua ini bermula ketika saya berumur tiga tahun. Saya sudah memahami tentang penyakit mental. Saya tidak mampu hidup walaupun untuk esok.

"Sakitttttnya Ya Allah. Saya kini sudah 47 tahun," Khalil menulis dalam blognya jayanegara1234.blogspot.com pada 4 Jun.

Walaupun blog ini hanya dibuat lebih sebulan lalu, ia mengandungi 17 entri yang panjang daripada Khalil.

Kebanyakan entrinya adalah monolog tentang fikiran yang berubah-ubah, dengan sedikit fokus dan beralih dari satu topik ke topik yang lain.

Apa yang ditulisnya juga dipenuhi dengan persoalan tentang kehidupan dan disertai oleh ayat-ayat berunsurkan agama.

Kadang-kadang, Khalil mencatatkan paparan kemarahan apabila dia mengejek ahli-ahli politik dan tokoh masyarakat tempatan tetapi jarang sekali disertai bahan atau fakta.

Dalam satu contoh, dia telah menulis tentang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam profil di blognya, Khalil dilihat hanya memakai seluar jeans biru, sama seperti bagaimana dia muncul di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri pada Isnin.

Sehingga tengah hari Selasa, profilnya telah menerima 17,298 paparan.

Khalil juga memberitahu filem mafia Hollywood The Godfather sebagai filem kegemarannya.

Khalil, yang juga merupakan seorang bapa dikatakan telah mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahadi.

Siasatan awal menunjukkan bahawa Khalil dan wanita bersamanya yang dikenal pasti sebagai Muhdalina Ahmad, 28 tahun, hanya kenal antara satu sama lain selama kira-kira seminggu sebelum kejadian itu.

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan