Keluarga Dakwa Wanita Bersama Lelaki Mengamuk Mungkin Dipukau

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ibu Muhdalina, Siti Marliah Marjunit mendukung anak suspek, Mia Ratisha, sambil mengawasi Mohd Faiz Khorizmi di hospital Putrajaya.
Ibu Muhdalina, Siti Marliah Marjunit mendukung anak suspek, Mia Ratisha, sambil mengawasi Mohd Faiz Khorizmi di hospital Putrajaya.

PUTRAJAYA: Keluarga Muhdalina Ahmad yang bersama lelaki mengamuk dengan pedang pedang samurai, Khalil Afandi Abd Hamid mendakwa wanita itu mungkin dipukau.

Suaminya, yang hanya dikenali sebagai Yusof, berkata dia telah berkelakuan ganjil baru-baru ini.

"Saya perasan dia sangat obses tentang lelaki itu walaupun hanya mendapat tahu tentang dirinya melalui blog," katanya, sambil menambah bahawa dia mengetahui tentang hubungan dalam talian antara isterinya dengan lelaki terbabit.

"Saya rasa dia hanya mengenalinya minggu lepas. Saya tidak fikir dia dengan mudah akan mengikut lelaki itu untuk melakukan perkara-perkara seperti itu. Mungkin dia telah dipukau," kata Yusof, yang berasal dari Klang yang datang melawat Muhdalina yang sedang dirawat kerana cedera terkena tembakan di hospital dekat sini.

Pekerja di Pelabuhan Klang itu berkata dia dan isterinya tinggal bersama dua anak mereka, Mohd Fariz Khorizmi, 2, dan Ratisha Mia, 1, di Rantau Panjang, Klang.

Pemeriksaan di wad pengasingan hospital mendapati seorang wanita berselendang hitam berbaring di atas katil yang dijaga oleh dua anggota polis wanita. Dia telah diletakkan di bawah reman oleh pihak polis.

Bapanya, Ahmad Adam, penjual nasi lemak berkata keluarganya tidak percaya apa yang Muhdalina lakukan, sambil menambah Muhdalina adalah seorang anak yang baik.

"Walaupun dia merupakan graduan UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), pengetahuannya tentang Islam adalah seperti orang biasa. Kami juga tidak tahu apa-apa tentang lelaki itu sehingga dia menjadi tajuk utama dalam akhbar.

"Saya rasa anak perempuan saya telah terpengaruh dengan lelaki yang mendakwa dirinya Imam Mahadi itu," kata bapa berusia 55 tahun, sambil menambah Muhdalina, anak kedua daripada empat adik-beradik, telah berhenti bekerja sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat swasta tanpa memberitahu mereka.

"Saya tidak sangka ini boleh berlaku. Anak perempuan saya menjalani kehidupan yang biasa. Mungkin ini berlaku kerana dia suka melayari internet," katanya.

"Saya minta maaf di atas apa yang dia lakukan," katanya, sambil menambah bahawa beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas diminta untuk datang ke Ibu Pejabat Polis Putrajaya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan