Isu Panggung Wayang: PAS Selangor Nafi MDKS Keluar Peraturan Halang Bukan Muhrim

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: PAS Selangor pada Rabu menafikan bahawa peraturan mengasingkan lelaki dan perempuan yang belum berkahwin ketika menonton wayang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKS).

Bagaimanapun Ahli Parlimen Kuala Selangor daripada PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mengakui MDKS hanya mengeluarkam notis peringatan untuk diletakkan di panggung wayang agar pasangan Muslim duduk secara berasingan.

"Notis yang diletakkan di panggung wayang ini tiada bezanya dengan notis yang ada di kedai serbaneka 7 Eleven bagi menghalang orang Islam membeli minuman keras atau yang ada di kedai nombor ekor agar Muslim tidak membeli tiket loteri.

"Tolong jangan politikkan isu ini. Hasrat ahli majlis kita ialah untuk memastikan panggung wayang sebagai pusat hiburan yang sesuai untuk keluarga," katanya pada sidang media di bangunan Annex Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini.

Pada Selasa Exco Selangor, Ronnie Liu mengarahkan agar pelaksanaan garis panduan untuk memisahkan kedudukan lelaki dan wanita yang belum berkahwin ketika menonton wayang ditangguhkan sehingga kajian menyeluruh mengenainya selesai.

Arahan itu dibuat selepas media melaporkan mengenai garis panduan baru yang diperkenalkan MDKS terhadap pengunjung panggung wayang milik Lotus Five Star Cinemas bertempat di pusat membeli-belah 1 Plaza.

Garis panduan itu mengkehendaki pengunjung lelaki dan wanita yang belum berkahwin agar diasingkan kedudukan tempat duduk ketika menonton wayang.

Selain itu Dr Dzulkefly turut mengakui bahawa cadangan yang dikemukakan ahli majlis PBT daripada PAS itu dilaksanakan tanpa mengikut proses dan prosedur yang diamalkan kerajaan negeri.

"Kita tak salahkan ahli majlis, dia mungkin terlepas pandang dalam melaksanakan tugasnya selepas menerima aduan daripada orang ramai.

"Namun kita perlu mengikut peraturan yang betul sebelum melaksanakan sesuatu undnag-undang," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan