Himpunan Oren Di Masjid Wilayah Persekutuan Dilarang

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis tidak membenarkan Himpunan Oren Selamatkan Felda di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada Sabtu ini berikutan lokasi itu tersenarai sebagai tempat larangan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, penggunaan Jalan Duta bagi tujuan perarakan menuju ke Istana Negara juga tidak dibenarkan atas sebab-sebab keselamatan.

"Keadaan lalu lintas di jalan ini dilihat boleh mendatangkan risiko yang tinggi terhadap keselamatan peserta dan pengguna jalan raya yang lain.

"Penganjur juga telah dimaklumkan bahawa Istana Negara diwartakan sebagai kawasan larangan dan tempat larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Zakaria berkata, perkara berkenaan sudah dimaklumkan kepada penganjur dalam dua pertemuan pada Jumaat (6 Julai) dan Isnin (9 Julai) lepas.

Penganjur, Gerakan Selamatkan Felda (GSF), berhasrat mengadakan perhimpunan pada pukul 2 petang Sabtu ini dan meminta peserta perhimpunan berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum berarak ke Istana Negara melalui Jalan Duta.

Himpunan Oren itu kononnya bertujuan menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) di Bursa Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan