BN Selangor Sedia Kerjasama Halang Kenaikan Tarif Air

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) memberi jaminan akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor bagi memastikan kadar tarif air di negeri itu tidak membebankan rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Satim Diman berkata, pihaknya sedia memastikan rakyat di negeri itu tidak dibebani dengan kenaikan tarif air jika projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL 2) diteruskan.

"Jika ia akan membebankan rakyat, pihak pembangkang sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk hentikan kenaikan tarif air," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Rabu.

Ketika mencelah ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2012 oleh Dr Xavier Jayakumar, Satim membangkitkan kenyataan bahawa kerajaan negeri menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) mempunyai saham sebanyak 30 peratus dalam Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Sehubungan itu menurut Satim yang juga Adun Seri Serdang, kerajaan negeri mempunyai suara dalam Syabas untuk memastikan tarif air tidak naik.

"Kerajaan negeri ada kepentingan dalam Syabas menerusi anak syarikatnya. Jadi mengapa tak boleh suarakan kebimbangan ini kepada Syabas agar tarif tidak naik.

"Jika syarikat itu (Syabas) mendapat keuntungan, pemegang saham juga akan dapat keuntungan," katanya.

Bagaimanapun Dr Xavier yang juga Adun Andalas menjelaskan sebagai pemegang saham minoriti, kerajaan negeri tidak berupaya mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pemegang saham terbesar.

Perbahasan terus hangat apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kemudiannya turut menjelaskan bahawa pemegang saham majoriti akan memastikan usul mereka diluluskan semasa mesyuarat agung tahunan syarikat itu sekali gus menafikan bantahan pemegang saham minoriti.

Terdahulu Datuk Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) mencadangkan 'penyelesaian menang-menang' bagi menangani kemelut isu air di Selangor.

"Mengapa kita tidak luluskan sahaja pembinaan Langat 2, namun halang kenaikan tarif air...itu cadangan saya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan