Anak Kelahiran Malaysia Terima Anugerah OBE Daripada Ratu Elizabeth

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anak kelahiran Malaysia, David Chung Kim Hiong iaitu Presiden Persatuan Bolasepak Papua New Guinea (PNG FA) telah dianugerahkan 'Order of British Empire' (OBE) oleh Ratu Elizabeth atas sumbangannya dalam bidang perniagaan, pembangunan dan pentadbiran sukan bola sepak di negara itu.

Beliau adalah antara 13 penerima anugerah OBE yang diumumkan oleh Gabenor Jeneral Sir Michael Ogio dalam senarai penerima anugerah sempena ulang tahun kelahiran Ratu Elizabeth II ke-86 tahun ini.

Ratu Elizabeth II (Elizabeth Alexandra Mary) dilahirkan pada 21 April, 1926.

Chung, yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke-50 Jumaat ini, tiba di Papua New Guinea pada 1985 pada usia 23 tahun semasa dalam urusan perniagaan ketika berkerja dengan sbuah syarikat multinasional yang terbabit dalam bidang pembakalan, perhotelan, perdagangan runcit dan borong.

Kemudian beliau menjadi warga negara di situ.

Pegawai bola sepak itu dipetik oleh 'The National', sebuah akhbar harian Papua New Guinea, sebagai berkata beliau merasa rendah diri dan bangga atas penghormatan tersebut.

"Anugerah OBE adalah satu kemenangan untuk bola sepak, Papua New Guinea dan dunia, khususnya apabila saya mempengeruskan atau menghadiri mesyuarat di serata dunia dan senarai nama dan kad yang tertera OFC dan Papua New Guinea," katanya seperti dipetik oleh akhbar berkenaan.

Chung, yang juga presiden Konfederasi Bolasepak Ocenia (OFC), berkata anugerah itu telah memberi motivasi kepada beliau supaya berusaha dengan lebih gigih dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mencalonkan namanya.

Walaupun pada awalnya terbabit dalam liga ragbi, beliau kemudian menjadi seorang pemain bola sepak, jurulatih dan pengadil sebelum muncul sebagai pegawai kanan dalam PNG FA.

Ketika mengurus bola sepak di negara itu, beliau membantu mendapatkan tajaan serta menghulurkan pembiayaan kewangan sendiri ke arah pembangunan sukan itu sehingga membolehkan beliau dipilih sebagai presiden PNG FA.

Chung pada mulanya dilantik presiden PNG FA pada Ogos 2004 dan kemudian dilantik sebagai naib presiden kanan OFC pada 2007.

Pada Januari 2011, Chung dipilih sebagai presiden OFC tanpa bertanding untuk penggal empat tahun.

OFC memberi pujian kepada Chung atas sumbangannya memperkenalkan pertandingan liga bola sepak separuh profesional di Papua New Guinea pada 2006, meningkatkan bola sepak peringkat akar umbi, menyokong pembangunan sukan bola sepak wanita dan menyelia projek infrastruktur termasuk pembinaan akademi bola sepak kebangsaan dan pusat teknikal serantau. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan