Wan Azizah Sahkan Tanding DUN - Berita Semasa | mStar

Wan Azizah Sahkan Tanding DUN

Diterbitkan: Selasa, 10 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengesahkan pada Selasa bahawa beliau berhasrat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang tetapi enggan menamakan di mana.

“Sesuatu yang pasti ialah saya hanya boleh bertanding di kerusi negeri di mana saya sendiri mendaftar sebagai pengundi," ujarnya sebagaimana yang dipetik oleh portal Malaysia Insider.

Dr Wan Azizah bagaimana pun ketika ditanya enggan mendedahkan di manakah beliau kini mendaftar sebagai pengundi.

Menurut undang-undang, bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu tidak boleh bertanding pada mana-mana kerusi parlimen selama lima tahun berikutan keputusannya untuk melepaskan kerusi tersebut pada Ogos 2008 bagi membolehkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula dan bergerak aktif sebagai ahli politik selepas dibebaskan dari kes liwatnya yang pertama dahulu.

Pada hujung minggu baru-baru ini di Konvensyen PKR Pulau Pinang, Dr Wan Azizah telah pun memberi indikasi yang beliau mungkin akan bertanding pada kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana peraturan yang menghalang beliau daripada bertanding semula hanyalah melibatkan kerusi parlimen dan bukannya DUN.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan