Senamrobik Terbesar Lakar Nama Dalam 'Malaysia Book of Records'

Diterbitkan: Selasa, 10 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Kira-kira 3.6 juta pelajar dari seluruh negara terlibat melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) dengan menyertai program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan pada Selasa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassi yang juga Menteri Pelajaran berkata, acara itu seiring dengan dasar 1Murid 1Sukan untuk memupuk cintakan sukan di kalangan pelajar tanpa mengira latar belakang kaum.

Acara yang dilancarkan di Sekolah Wawasan USJ5, Subang Jaya itu menyaksikan 3.66 juta pelajar sekolah menengah dan rendah dari 10,000 sekolah di seluruh negara mengambil bahagian dalam senamrobik tersebut.

Turut hadir, Presiden MBR, Datuk Danny Ooi yang menyerahkan sijil pengiktirafan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud sambil disaksikan Muhyiddin.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan