Persepsi Rakyat Kepada BN Semakin Baik - Penganalisis

Diterbitkan: Selasa, 10 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persepsi rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) semakin baik berbanding semasa pilihan raya umum 2008 meskipun kerap dilemparkan dengan pelbagai fitnah oleh pembangkang.

Dengan pelbagai inisiatif yang dirangka, golongan muda kini mula dapat menilai kesungguhan kerajaan yang begitu prihatin bagi mencorakkan masa depan negara yang lebih meyakinkan.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata perubahan persepsi itu adalah berikutan inisiatif mentransformasikan negara menerusi Program Transformasi Politik, Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi, membuahkan hasil dan dapat dirasai sendiri oleh rakyat.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) itu berpendapat majoriti rakyat kini sedar mengenai pelbagai program yang berbentuk sosial dan kebajikan yang dilaksanakan kerajaan B Nsehingga sukar bagi pembangkang menafikannya.

Program-program itu termasuklah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia), Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) dan Menu Rakyat 1Malaysia yang kian dekat di hati rakyat.

"Program meningkatkan taraf hidup, kebajikan dan keselesaan rakyat yang jelas seperti inilah yang dimahukan semua rakyat, khususnya pengundi di luar bandar. Bagi pengundi di bandar pula, selain menikmati hasil program itu, turut menghargai ketelusan pemimpin yang mendengar masalah mereka dan berusaha mencari penyelesaian," katanya.

Sivamurugan berkata banyak usaha dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam setiap lawatan dan tinjauan mesra di seluruh negara untuk mendapatkan maklum balas rakyat dan hasilnya, persepsi negatif terhadap BN telah terhakis.

Dalam pada itu, beliau berkata meskipun pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, namun golongan atas pagar dilihat masih berhati-hati untuk memilih parti mana yang mampu mewakili mereka untuk meneruskan pembangunan dan bukannya menabur pelbagai janji kosong.

"Walaupun dalam diam, mereka menilai apa yang telah dibuat oleh kerajaan B Ndan apa juga yang telah dibuat oleh kerajaan pembangkang sepanjang pemerintahan sejak 2008. Saya boleh mengandaikan BN boleh mendapat balik sokongan daripada pengundi protes pada 2008," katanya.

Katanya, dengan gerak kerja berterusan Perdana Menteri dan timbalannya, B Nmampu menarik sokongan pengundi atas pagar, apatah lagi jika kesungguhan yang sama ditunjukkan juga oleh segenap lapisan pemimpin BN.

"Memanglah sesiapapun perlu bekerja keras untuk mendapatkan undi," katanya sambil menambah bahawa faktor calon dan isu yang dibawa akan memainkan peranan yang sangat penting untuk menentukan kemenangan sesebuah parti.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia FELDA, Anuar Abd Manaf berkata menerusi kajian sokongan yang dilaksanakan pihaknya mendapati lebih 60 peratus belia di seluruh negara kini menyokong BN.

Ini kerana persepsi buruk yang dilemparkan pembangkang kononnya kerajaan B Nzalim, menindas rakyat dan mengabaikan rakyat termasuk belia ternyata tidak dapat mempengaruhi mereka kerana golongan belia sendiri sudah merasai satu demi satu hasil usaha kerajaan BN, baik ke stas diri mereka mahupun keluarga mereka, katanya.

"Contohnya dalam isu perumahan, kerajaan BN telah mengotakan janjinya dengan melaksanakan PR1MA dan kalau kata kos kehidupan meningkat, kerajaan beri BR1M dan KR1M untuk meringankan beban rakyat. Program ini disyukuri oleh golongan belia terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Ini semua tidak dinikmati golongan belia jika pembangkang memerintah. Janji oleh pembangkang tidak dikotakan. Sekarang generasi muda mula melihat BN sebagai kerajaan yang prihatin dan berbuat kebajikan," katanya.

Beliau berkata faktor penolakan belia terhadap BN pada 2008 adalah kerana mereka disuguh dengan pelbagai persepsi salah tentang BN, selain faktor calon yang tidak menepati kriteria mereka dan juga program BN yang dilihat tidak mesra belia.

Anuar berkata bagaimanapun kerajaan BN hari ini telah berubah dan mula menunjukkan kesungguhan mendekati golongan belia dengan pelbagai cara termasuk laman sosial facebook dan twitter selain kekerapan turun padang oleh pemimpin BN.

"Kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang dekat di hati golongan belia kerana telah banyak bantuan diberikan kepada golongan belia ini. Belia hari ini juga melihat kerajaan BN adalah kerajaan yang prihatin dan sokongan kepada BN itu telah mula nampak," katanya.

Beliau percaya pengundi muda yang merupakan lebih 40 peratus pengundi baru cenderung menyokong BN untuk kesinambungan pembangunan, perpaduan, kesejahteraan dan pertumbuhan ekonomi yang mewujudkan pelbagai peluang untuk mereka membina kehidupan yang lebih baik dan masa depan yang meyakinkan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan