MB Dolak-Dalik Isu Skandal Pasir

Diterbitkan: Selasa, 10 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibidas apabila berdolak-dalik mengenai keberkesanan operasi pemantauan dan pencegahan sindiket kecurian pasir di negeri ini.

Malah Menteri Besar itu juga tidak menjawab mengenai jumlah tangkapan yang dibuat sejak skandal operasi mencuri pasir di Selangor didedahkan selepas 2008.

Sebaliknya Abdul Khalid ketika sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) menyifatkan Wong Koon Mun (BN-Kuala Kubu Baru) sebagai wakil rakyat 'kedai kopi' kerana mengaitkan kejadian tanah runtuh di negeri itu dengan aktviti kecurian pasir.

Menerusi soalan tambahan, Wong mempersoalkan mengenai tiada pendedahan mengenai jumlah tangkapan yang dibuat berkaitan skandal pasir walaupun kerajaan negeri mengumumkan penurunan jumlah pemantauan dan tangkapan sejak 2008.

"Kalau kerajaan negeri efisyen sangat, siapa tahu individu atau kumpulan mana yang ditangkap serta apa hukumannya? Skandal kecurian pasir ini mendatangkan masalah sampingan...sebelum 2008 tiada jambatan runtuh atau tebing sungai runtuh," katanya.

Bagaimanapun Abdul Khalid menegaskan aktiviti kecurian pasir di negeri itu tidak menyumbang kepada kejadian tanah runtuh atau runtuhan tebing pasir seperti dibangkitkan Wong.

"Logik yang digunakan agak rendah iaitu kononnya dengan kecurian pasir jambatan runtuh...ini cakap di kedai kopi.

"Kita panggil Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) jalankan kajian, mereka katakan faktor tersebut tidak menyumbang," katanya.

Terdahulu, menerusi jawapan asalnya, Abdul Khalid memberitahu DUN bahawa jumlah tangkapan yang dibuat berkaitan kecurian pasir menurun sejak 2008.

"Trendnya sudah menurun. Pada 2008 sebanyak 974 tangkapan, 159 (2009), 91 (2010), 37 (2011) dan hanya 26 tangkapan dibuat sehingga Jun 2012," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan