Isu Talam: Adun PKR Ditegur Dahului Kerajaan Negeri

Diterbitkan: Selasa, 10 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Gara-gara mahu menjadi hero berkaitan isu jual beli tanah Talam Corporation, Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda)ditegur Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Haniza Talha apabila beliau dilihat seolah-olah mahu mendahului kerajaan negeri.

Ketika mencelah perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2012 oleh Yap Ee Wah (BN-Sungai Pelek), Shuhaimi dilihat cuba menghalang wakil rakyat itu daripada membangkitkan isu berkaitan penyusunan hutang Talam dan kerajaan negeri.

"Tuduhan itu adalah palsu, ia tidak benar. Perkara ini dimanipulasikan oleh MCA.

"Tuduhan ini tidak perlu kita jawab. Persoalannya ialah mengapa zaman (Datuk Dr) Khir Toyo tak dibangkitkan?" katanya.

Bagaimanapun Yap menegaskan isu itu perlu dijelaskan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Haniza kemudiannya mencelah: "Biar kerajaan buat penjelasan...Sungai Pelek boleh teruskan perbahasan."

Ketika menyambung perbahasannya, Yap sekali lagi menempelak Shuhaimi kerana mahu menutup isu Talam.

"Jika (dakwaan ini) tak benar, menteri besar akan jawab nanti. Bukan tanggungjawab Sri Muda untuk menjawab. Saya rasa dia pun tak tahu (isu).

"Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai Adun untuk kemukakan persoalan kepada menteri besar serta mahu memberi peluang kepadanya untuk jelaskan," katanya.

Minggu lalu Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong membuat kenyataan mendakwa penstrukturan hutang Talam Corporation dan kerajaan Selangor membabitkan transaksi berjumlah RM1 bilion, sekalipun jumlah hutang hanya RM392 juta.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan