Hanya 20,000 Rakyat Malaysia Di Luar Negara Daftar Sebagai Pemilih - SPR

Diterbitkan: Selasa, 10 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya 20,000 rakyat Malaysia di luar negara telah berdaftar sebagai pemilih pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dan bukan lebih setengah juta seperti didakwa oleh pihak tertentu.

Dakwaan kononnya lebih 500,000 warga Malaysia di luar negara tidak mendapat peluang untuk berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak benar sama sekali, tegas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata dakwaan itu tidak berasas apabila proses pendaftaran pengundi yang dibuka di setiap pejabat perwakilan Malaysia di seluruh dunia tidak mendapat sambutan seperti mana didakwa.

"Walaupun kita dengar ada orang cakap lebih setengah juta rakyat Malaysia di luar negara menunggu untuk mengundi tetapi jumlah yang tampil mendaftar adalah jauh lebih rendah," katanya pada rancangan 'Hello Malaysia' bertajuk ' SPR: Cabaran PRU 13' yang disiarkan oleh BernamaTV malam Isnin.

Wan Ahmad berkata rekod di Wisma Putra menunjukkan jumlah keseluruhan rakya Malaysia di luar negara yang mendaftar dengan kedutaan hanyalah sekitar 20,000 orang.

Beliau berkata situasi itu jelas membuktikan mereka yang mendakwa tidak mendapat peluang untuk berdaftar sebenarnya tidak berminat untuk mengundi dan boleh disifatkan sebagai satu andaian pihak tertentu yang berkepentingan.

Beliau juga menegaskan pihak yang meninggalkan negara atas sebab untuk mencari peluang pekerjaan sebenarnya adalah pengundi biasa berbanding diplomat, pegawai kerajaan yang diarahkan bertugas serta pelajar yang menuntut secara sepenuh masa di luar negara.

Katanya, disebabkan Parlimen telah memutuskan supaya mereka turut diberikan hak mengundi, SPR telah berbincang dengan Wisma Putra dan Jabatan Imigresen bagi mengenal pasti hanya mereka yang direkodkan pernah pulang ke tanah air sekurang-kurangnya sekali dalam lima tahun dibenarkan untuk mengundi.

Wan Ahmad berkata apabila telah mendaftar, mereka yang berkenaan perlu memohon untuk mengundi pos bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pilihan raya.

"Ini satu syarat yang boleh diterima kerana kalau dia hendak menentukan masa depan negara untuk mengundi dalam pilihan raya, kalau dia tidak pernah balik ke negara sendiri selama tempoh itu, bagi saya dia tidak berminat lagi untuk menjadi rakyat Malaysia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan