85 KR1M Bakal Beroperasi Hujung Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 10 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mensasarkan 85 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan beroperasi di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata sehingga 6 Julai lepas, sebanyak 47 KR1M telah beroperasi di seluruh negara yang diurus sepenuhnya oleh Syarikat Mydin Mohamed Holding Berhad (Mydin).

"Sebanyak 38 lokasi lagi kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan termasuk mengenal pasti tapak," katanya semasa menjawab soalan Senator S.Bagiam mengenai jumlah KR1M yang beroperasi sehingga kini pada persidangan Dewan Negara di sini, Selasa.

Tan berkata pelaksanaan KR1M telah diperluas ke seluruh negara melalui tiga model iaitu pembukaan outlet KR1M dan operasi dijalankan oleh Mydin; jualan borong dan pengedaran barangan 1Malaysia Kedai Rakyat (1MKR) oleh kedai-kedai biasa; dan pembukaan outlet KR1M serta operasinya dijalankan oleh pengusaha yang dilantik.

Melalui pelaksanaan model ketiga KR1M, beliau berkata sebanyak 53 pemohon daripada 201 permohonan yang diterima telah disenarai pendek.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 35 pemohon daripada kaum Melayu (66 peratus), 17 pemohon berbangsa Cina (32 peratus) dan seorang India (2 peratus)," katanya.

Sementara itu menjawab soalan Bagiam mengenai sistem francais KR1M, Tan berkata kerajaan belum bercadang untuk membuka francais KR1M.

"Sebanyak 477 kedai biasa telah diberi kebenaran menjual barangan 1MKR dan 103 kedai runcit biasa menyertai program Transformasi Kedai Runcit (Tukar)," kata Tan.

Sehingga kini, sebanyak empat KR1M dibuka di Johor, Melaka (lima), Negeri Sembilan (empat), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (empat), Putrajaya (dua), Selangor (tujuh), Perak (lima), Pahang (empat), Kelantan (dua), Pulau Pinang (dua), Kedah (empat), Perlis, Sabah, Terengganu dan Sarawak masing-masing satu.

KR1M diurus oleh Mydin Mohamed Holdings Berhad dengan kerjasama kerajaan dan menawarkan lebih 250 barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan