Wan Azizah Pertimbang Sama Ada Mahu Bertanding Pada PRU-13

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih mempertimbangkan kemungkinan untuk bertanding semula pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya ada satu senarai untuk pertimbangan, tetapi saya fikir peranan sokongan lebih baik," katanya ketika ditanya sama ada beliau berhasrat untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri kali ini.

Ditanya sama ada itu bermakna beliau tidak akan bertanding, Dr Wan Azizah berkata: "Tidak juga. Perkara itu masih ada dalam perancangan tapi pada masa ini hanya sekadar membincangkannya."

Beliau ditemui pemberita pada Konvensyen PKR di Bayan Baru, di sini, Ahad.

Dr Wan Azizah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi itu pada pilihan raya kecil. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan