Tujuh Kenamaan Layak Terima Nombor Pendaftaran Percuma

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara pada Isnin diberitahu tujuh golongan kenamaan di negara ini layak mendapat nombor pendaftaran kenderaan secara percuma.

Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat berkata mereka ialah sultan termasuk Raja Perlis dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Yang Dipertua Negeri, Raja Muda/Tengku Mahkota, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Persekutuan dan Menteri Besar/Ketua Menteri.

Beliau menjawab soalan Senator Lee Cheam Choon yang ingin tahu sistem tender nombor pendaftaran yang dijalankan dan mereka yang berhak serta pihak yang tidak perlu membida untuk mendapatkan nombor pendaftaran tertentu.

Katanya proses tender nombor pendaftaran kenderaan terbuka kepada semua pihak termasuk syarikat dan pertubuhan yang berminat dengan mematuhi syarat-syarat tender yang telah ditetapkan.

"Pembida perlu mengisi borang tempahan nombor pendaftaran secara tawaran; pembida perlu kemukakan bayaran deposit 50 peratus daripada harga tempahan serta salinan asal slip bayaran yuran perkhidmatan RM10.

"Surat keputusan dikeluarkan tidak lewat dari tujuh hari bekerja dari tarikh mesyuarat Jawatankuasa Penilai dan notis keputusan pemohon yang berjaya hendaklah dipamerkan di pejabat JPJ negeri berkenaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan