Timbalan Pengerusi Tetap Muslimat PAS Kelantan Angkat Sumpah Senator

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Kelantan, Khairiah Mohamed pada Isnin mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Khairiah, 38, yang juga Ketua Bahagian Khidmat Nasihat Perundangan Majlis Perbandaran Kota Bharu, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pelantikan Khairiah diusul Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini bagi menggantikan Mumtaz Mohd Nawi yang tamat tempoh perkhidmatan.

Dalam ucapannya pada majlis itu di Dewan Negara di sini, Abu Zahar mengingatkan anggota Dewan Negara supaya berusaha memahami, menghayati, mempertahankan dan mendukung Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga menasihati mereka supaya tidak beremosi dan tidak sesekali melanggar serta mengingkari sumpah setia yang telah dilafaz demi kepentingan rakyat. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan