Tidak Mustahil BN Menang Majoriti 2/3 Dalam PRU13 - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada istilah 'mustahil' untuk Barisan Nasional (BN) serta Umno memenangi pilihan raya umum akan datang dengan jumlah kerusi dua pertiga di Parlimen kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata kalau dalam pilihan raya lepas BN serta Umno sendiri tidak menyangka Selangor dan Pulau Pinang boleh jatuh ke tangan pembangkang sehingga ia benar-benar terjadi.

"Dalam politik tidak wujud istilah mustahil kerana dahulu kita (Umno) sendiri tidak menyangka Selangor dan Pulau Pinang akan bertukar tangan.

"Oleh sebab itu tidak mustahil untuk kita memasang hajat mendapatkan semula negeri-negeri yang telah kita pinjamkan kepada pembangkang dengan memenangi pilihan raya akan datang dengan keputusan lebih cemerlang," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara 2012 di Kelab Ekuestrian Bukit Kiara, pada Ahad.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Datuk Ikhwan Salim Sujak dan Ketua Pemuda Bahagian Petaling Jaya Utara, Latt Shahrizan Abdullah. Ditanya hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersara daripada politik sekiranya pembangkang tidak mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Ahmad berkata tindakan itu hanyalah sekadar gimik politik semata-mata.

"Hasrat Anwar untuk bersara hanya gimik politik bagi memancing undi golongan pengundi 'atas pagar'," katanya.

Sementara itu, dalam satu majlis berasingan Ketua Umno Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahterana Bandar menyifatkan tindakan Anwar sebagai 'old fashion politic' untuk meraih simpati rakyat.

"Anwar hanya gunakan 'old fashion politic' untuk mendapatkan sokongan rakyat dan jika dia benar ingin berkhidmat untuk rakyat tidak semestinya beliau perlu memegang kuasa atau tampuk pemerintahan negara," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno Bahagian Titiwangsa di sini.

Pada 3 Julai lepas, Financial Times memetik Anwar sebagai berkata bahawa beliau akan bersara daripada politik sekiranya pembangkang tidak mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan