Tan Sri Aseh Che Mat Presiden Baharu Perbadanan Putrajaya

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tan Sri Aseh Che Mat
Tan Sri Aseh Che Mat

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Aseh Che Mat dilantik sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya (PPJ) yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau menggantikan Tan Sri Samsudin Osman yang menyandang jawatan sebagai Presiden PPJ kedua selama 8 tahun sejak 1 Ogos 2004. Kontrak Samsudin akan tamat pada 31 Julai ini.

"Perlantikan Tan Sri Aseh untuk menerajui Putrajaya diharap dapat meneruskan kecemerlangan yang telah dibawa oleh Tan Sri Samsudin sehingga menjadikan Putrajaya, bukan sahaja sebagai sebuah pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ketika ini, malah dikenali di mata dunia menerusi pelbagai penganjuran acara berprestij dan bertaraf dunia," katanya dalam satu kenyataan Isnin.

Raja Nong Chik berkata beliau yakin pengalaman luas Aseh, 61, dalam hal-ehwal keselamatan sepanjang berkhidmat dalam kerajaan, terutama di KDN, mambolehkan beliau melaksanakan tugas baharu itu dengan lebih berkesan.

Beliau turut merakam penghargaan dan terima kasih kepada Samsudin yang membawa Putrajaya ke landasan yang tepat dan mewujudkan pelbagai ikon tersendiri untuk bandar pintar hijau serta dikenali dunia. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan