PM Telah Buktikan Kepimpinannya Melalui Program Transformasi - Chua

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan Najib telahpun membuktikan kepimpinannya melalui program transformasi yang membuahkan hasil, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata rakyat dapat menilai pelbagai langkah yang dilaksanakan oleh Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Najib sejak mengambil alih pucuk pimpinan negara, tiga tahun lalu.

Katanya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seharusnya berdebat dengan orang lain berikutan apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang sehingga hari ini penuh dengan retorik.

"Kita tidak menggalakkan Datuk Seri Najib berdebat dengan Anwar kerana beliau adalah Perdana Menteri dan sejak mengambil alih pucuk pimpinan negara tiga tahun dahulu, beliau telah membuktikan melalui program transformasi. Kita telah melihat dengan jelas hasil-hasil transformasi. "Daya saing negara telah meningkat daripada tangga ke-28 kepada ke-21, kemudahan menjalankan perniagaan daripada tangga ke-23 kepada 18, dan kita telah diiktiraf negara kelima menjadi pilihan Negara FDI di Asia dan kita tepati segala janji, dan bukan janji-janji kosong seperti pakatan rakyat," katanya pada debat kedua antara beliau dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, di sini, Ahad.

Debat bertajuk 'DAP & MCA: Whose Policies Benefit the Community Better?' (DAP & MCA: Dasar Siapa Yang Lebih Bermanfaat Kepada Masyarakat), dianjurkan oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli).

Debat itu berlangsung selama dua jam dan Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Asli Tan Sri Michael Yeoh bertindak sebagai moderator.

Terdahulu, Lim, dalam ucapan pembukaan, berkata satu perbahasan patut diadakan antara Najib dan Anwar dan mendakwa keengganan Perdana Menteri untuk berbahas berikutan bimbang rakyat akan membuat penilaian terhadap kedua-dua pemimpin itu selepas perbahasan tersebut.

Dr Chua berkata langkah yang perlu Anwar lakukan adalah untuk menterjemahkan retorik kepada apa yang disebut sebagai penyampaian.

Beliau berkata MCA telahpun terlibat dalam pembinaan negara sejak dari mula lagi, apabila anggota parti itu turut serta dalam perjuangan menentang komunis semasa pemberontakan, perjuangan menuntut kemerdekaan dan hak mendapat kewarganegaraan selepas negara merdeka.

Mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dr Chua berkata tidak dinafikan bahawa Malaysia berjaya menghasilkan kualiti di negara ini. Dari segi penstrukturan semula masyarakat, beliau berkata negara telahpun mencapai kejayaan tertentu memandangkan tiada kaum bukan Melayu yang berani mengatakan bahawa mereka tidak memperoleh manfaat daripada DEB.

Beliau berkata rakyat Malaysia seharusnya menerima program transformasi Najib kerana ia akan memberi negara harapan kepada masa depan yang lebih baik. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan