Pemimpin DAP Tuduh MB Selangor Amal 'Double Standard'

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang pemimpin DAP peringkat akar umbi menyelar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana dikatakan mengamal 'double standard' dalam mengendali kes-kes yang melibatkan pengeluaran surat sokongan kepada rakan dan saudara mara untuk membantu mereka mendapatkan peluang perniagaan.

Setiausaha DAP cawangan Taman Gembira di sini, Teh Teong Guan, yang mewakili 18 cawangan parti itu di Klang, berkata beliau hairan mengapa sehingga kini tidak ada tindakan terhadap setiausaha politik Abdul Khalid, Faekah Husin kerana dikatakan terlibat dalam isu surat sokongan.

"Ini amat tidak adil kerana kerajaan negeri begitu pantas memecat bekas ahli Majlis perbandaran Klang Tee Boon Hock dari DAP selepas beliau didapati mengeluarkan surat sokongan untuk syarikat anaknya bagi mendapatkan kontrak dari Majlis Perbandaran Klang.

"Abdul Khalid mesti beri penjelasan tentang isu ini demi keadilan dan "konsistensi" yang diperjuangkan oleh kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar di sini, Ahad. Teh berkata sepucuk surat berhubung isu surat sokongan itu yang ditandatangani oleh beberapa orang pemimpin DAP di Klang telah dihantar kepada Abdul Khalid. Berhubung surat yang dikata dikeluarkan oleh Faekah kepada syarikat anak saudaranya, Abdul Khalid pernah menjelaskan bahawa ia adalah "surat pengesahan penerimaan" bukan "surat sokongan". -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan