Pemandu Bas Henti-Henti Protes Tindakan Syarikat Libatkan Polis Selesai Masalah Dalaman

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sekumpulan pemandu bas henti-henti Panorama Melaka Sdn Bhd berhimpun di Hentian Bas dan Teksi Melaka Sentral, pada Isnin bagi membantah tindakan syarikat membuat laporan polis terhadap beberapa pemandunya.

Akibat bantahan selama tiga jam bermula pukul 8 pagi itu, operasi 35 buah bas milik syarikat berkenaan ke semua destinasi di negeri ini dan Muar terhenti menyebabkan lebih 100 penumpang terkandas.

Wakil kumpulan 53 pemandu terbabit, Rosman Wahab berkata mereka juga tidak puas hati terhadap kenyataan yang dikeluarkan syarikat di sebuah akhbar sehingga memberi imej buruk kepada semua pemandu bas Panorama Melaka.

"Sebelum ini mereka kata kami (pemandu) lakukan penyelewengan menyebabkan syarikat kerugian puluhan ribu ringgit padahal ia hanya melibatkan beberapa pemandu sahaja," katanya ketika ditemui di sini, Isnin.

Katanya bantahan juga bagi meminta pengurusan syarikat menarik balik laporan polis terhadap lima pemandu bas terbabit yang dikatakan mengambil duit tambang daripada penumpang tanpa mengeluarkan tiket.

Beliau berkata masih ada pendekatan lain yang boleh diambil syarikat dalam menangani isu tersebut termasuk mengeluarkan surat amaran atau memberhentikan pemandu terbabit.

Sementara itu, Pengurus Besar Panorama Melaka Mohd Farouk Mohd Sultan berkata pihaknya kecewa dengan tindakan pemandu berkenaan sehingga menyebabkan orang awam mengalami kesukaran.

Beliau berkata pihaknya akan menyelesaikan perkara tersebut secara berhemah namun tidak berjanji untuk menarik semula enam laporan polis yang telah dibuat antara 21 Jun hingga 2 Julai lepas.

Katanya setakat ini hanya dua pemandu yang didakwa melakukan kesalahan mengambil duit tanpa mengeluarkan tiket ditahan polis untuk siasatan namun mereka tidak digantung kerja atau dibuang kerja.

"Tindakan menarik laporan polis bukan hak saya sebaliknya ia keputusan pihak pengurusan atasan," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata laporan polis tidak akan dilakukan pada masa depan dengan syarat kejadian penyelewengan seumpama itu tidak berulang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan