PAS Selangor Tolak Debat Dengan Hasan Ali

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: PAS Selangor menolak pelawaan Presiden Persatuan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk berdebat mengenai hala tuju PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Malah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman menegaskan beliau tidak pernah memberi persetujuan untuk berdebat dengan Hasan.

Justeru beliau mempersoalkan kredibiliti bekas exco Selangor itu apabila menguar-uarkan kepada umum kononnya debat itu akan diadakan pada Rabu ini.

"Siapa dia (Hasan) nak berdebat dengan kita? Nak berdebat maklumkan sebulan awal, beritahu tajuk apa nak debat. Kita banyak kerja nak buat," katanya pada sidang media di bangunan SUK di sini, Isnin.

Abdul Rani berkata demikian bagi mengulas mengenai kewujudan kain rentang dan hebahan di laman twitter mengenai debat antara beliau dan Hasan pada 11 Julai ini.

Bagaimanapun Abdul Rani berkata, PAS Selangor sedia mewakilkan Timbalan Pesuruhjaya PAS III, Khalid Samad sekiranya Hasan tetap mahu berdebat.

"Hasan Ali hantar undangan dua kali, tapi saya belum beri maklum balas. Bila ditegur kata dia profesional, tetapi apa yang beliau lakukan tidak profesional. Kita bukan macam dia tidak turun padang pun.

"Di Meru dia kata ceramah dihadiri ribuan penyokong tapi sebenarnya sekarang jumlah yang hadir nak sampai puluhan pun susah.

"Tindakan beliau ini tidak profesional dan hanya sebagai talian hayat untuk orang ramai datang," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan