Khidmat Kutipan Sampah Di Selangor Masih Belum Sempurna

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang hari ini ditegur kerana masih gagal melaksanakan perkhidmatan kutipan sampah di negeri ini dengan sempurna.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek dari Barisan Nasional (BN) Yap Ea Wah berkata perkhidmatan sisa pepejal di Selangor masih belum memuaskan sungguhpun kerajaan negeri telah membeli lori "compactor" untuk digunakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Yap berkata seperti di kawasan beliau di Sepang, masih terdapat kontraktor yang menggunakan lori 'tipper' untuk mengangkut sampah dan tidak menggunakan lori compacter.

"Akibatnya air busuk yang keluar dari sampah itu mengalir ke jalan raya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita semasa waktu rehat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula di sini hari ini. Barisan Nasional merupakan pembangkang dalam DUN Selangor.

Yap juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap jawapan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu mengenai isu kutipan sampah ketika sesi soal jawab.

Beliau berkata Ronnie tidak menjawab soalan mengenai kos pembelian lori compactor dari China oleh kerajaan negeri baru-baru ini dan sama ada lori berkenaan setanding dengan lori yang digunakan oleh syarikat sisa pepejal Alam Flora.

Semasa sesi soal jawab, Liu mendakwa ada pihak tertentu menghalang kontraktor menjalankan khidmat kutipan sampah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan