Kerajaan Laksana Mekanisme Kawal Kenaikan Harga Rumah - Chor

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan pelbagai mekanisme kawalan bagi memastikan kenaikan harga rumah adalah pada kadar munasabah dan tidak menjejaskan ekonomi rakyat, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung.

Beliau berkata, antara langkah untuk menekan aktiviti spekulator ialah dengan menaikkan kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah daripada lima peratus kepada 10 peratus bagi harta tanah yang dilupus dalam tempoh kurang daripada dua tahun.

Selain itu, katanya untuk mengurangkan keupayaan kewangan spekulator, Bank Negara menetapkan nisbah pembiayaan bagi pembelian rumah ketiga adalah pada 70 peratus manakala baki 30 peratus perlu didahulukan dengan wang sendiri.

"Bagi menawarkan rumah pada harga yang berpatutan, kerajaan telah melancarkan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) untuk memastikan golongan berpendapatan sederhana yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM7,500 sebulan mampu memiliki rumah sendiri pada harga berpatutan antara RM150,000 hingga RM300,000," katanya pada persidangan Dewan Negara pada Isnin.

Beliau menjawab soalan Senator Mohd Khalid Ahmad mengenai peranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam mengawal kenaikan harga rumah yang meningkat mendadak dan sama ada kementerian bercadang mengadakan undang-undang bagi mengawal masalah itu.

Chor berkata, tumpuan juga diberi kepada golongan berpendapatan rendah apabila sebanyak 54,215 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) telah dibina sehingga 31 Dis 2011 manakala 38,950 unit PPR lagi akan dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

"Selain itu, kebiasaannya kerajaan kerajaan negeri menetapkan syarat supaya pemaju perumahan swasta perlu membina sehingga 30 peratus rumah kos rendah daripada jumlah keseluruhan kawasan perumahan yang dimajukan," katanya.

Mengenai undang-undang bagi mengawal kenaikan harga rumah, Chor berkata, kerajaan belum bercadang mewujudkan satu undang-undang khusus bagi mengawal harga rumah di negara ini sebaliknya ia ditentukan oleh faktor pasaran.

Menurutnya, walaupun tiada undang-undang khusus bagi kawalan harga rumah, kerajaan menetapkan harga siling bagi rumah kos rendah di paras RM42,000 bagi Semenanjung dan RM50,400 bagi Sabah serta Sarawak.

"Buat masa ini harga hartanah tidak melambung di seluruh negara tetapi hanya tertumpu di kawasan perbandaran utama. Menurut statistik kementerian, secara puratanya peningkatan harga rumah di seluruh negara dari tahun 2000 hingga 2010 adalah sebanyak 33 peratus," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan