Isu Talam: Adun BN Dakwa MB Cuba Sembunyi Maklumat

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kelewatan kerajaan negeri Selangor mengeluarkan Kertas Putih berhubung penstrukturan hutang Talam Corporation didakwa sebagai langkah menyembunyikan maklumat berhubung isu berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun berkata, pihaknya kecewa kerana kerajaan negeri sebelum ini berjanji akan mendedahkan maklumat berkaitan transaksi berkenaan pada 2010.

"Sekarang selepas Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong bangkitkan isu ini, kita dimaklumkan pula agar menunggu sehingga Bajet 2013. Kelewatan ini seakan menunjukkan kerajaan negeri cuba menyembunyikan maklumat dalaman.

"Jika kerajaan negeri begitu memandang serius mengenai dakwaan berkaitan Talam, mereka tak perlu memberi alasan atau takut untuk mendedahkan Kertas Putih bagi menunjukkan transaksi antara Talam dengan kerajaan negeri dibuat dengan telus," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Isnin.

Selain itu Wong berkata, Abdul Khalid sepatutnya menjelaskan isu berkenaan berbanding mengungut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap MCA apabila mendedahkan skandal Talam Corporation.

"Kerajaan Selangor membuat keputusan membeli tanah Bestari Jaya dengan harga RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran.

"Kerajaan negeri perlu membuat penjelasan secara terpeinci mengenai isu yang dibangkitkan MCA berbanding mengugut untuk mengambi tindakan mahkamah bagi mengalihkan perhatian rakyat," katanya.

Minggu lalu Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong membuat kenyataan mendakwa penstrukturan hutang Talam Corporation dan kerajaan Selangor membabitkan transaksi berjumlah RM1 bilion, sekalipun jumlah hutang hanya RM392 juta.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan