Dr Ng Bidas Guan Eng Bangkit Isu Lama Semasa Debat

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menyifatkan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai 'tipikal Lim Guan Eng' yang sentiasa membangkitkan isu lama mengenai keputusannya mendapatkan taraf pemastautin tetap (PR) Australia.

"Saya melihat beliau yang sebenarnya. Beliau tidak bercakap tentang dasar, masa depan dan ekonomi. Beliau mengimbas 20 tahun lalu dan beliau menyindir isu-isu.

"Beliau tidak menyebut nama saya (dalam debat) tetapi beliau melontar syak wasangka ini dan jika saya tidak memperjelaskannya, maka orang ramai akan fikir saya memegang status PR di Australia," katanya pada sidang media di sini Isnin.

Dr Ng berkata demikian ketika merujuk kenyataan Setiausa Agung DAP itu dalam debatnya dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam bahawa bukan semua rakyat Malaysia boleh mendapatkan status PR di Australia.

"Janganlah kita terus buat spekulasi tetapi saya tidak mahu orang salah faham. Saya mendapatkan taraf pemastautin tetap sekitar tahun 1990-an demi pendidikan anak lelaki saya. Saya melepaskannya pada 1995 iaitu 17 tahun lepas," katanya.

Dr Ng berkata beliau bangga anaknya itu kini merupakan seorang peguam yang berjaya.

Beliau berkata perdebatan semalam adalah persembahan hebat mengenai politik tetapi Guan Eng kekurangan bahan ketika menjawab soalan dan berdepan dengan isu secara langsung.

Mengulas perbelanjaan RM1.8 juta bagi Facebook Kementerian Pelancongan seperti dibangkitkan oleh Guan Eng, Dr Ng menyeru semua pengamal media sosial supaya memperbetulkan Guan Eng atas kejahilannya mengenai Facebook.

"Saya telah banyak kali berkata bahawa Facebook adalah percuma dan Guan Eng sebagai Ketua Menteri sama ada tidak mempunyai idea apa itu Facebook, tidak pernah menggunakan Facebook untuk tugas atau tidak pernah bekerja dengan ahli profesional menggunakan Facebook atau hanya menggunakan Facebook untuk gosip dan sebagainya," tambahnya.

Dr Ng berkata beliau telah memperjelaskan kepada media dan Parlimen bahawa kementerian membelanjakan wang itu untuk menjalankan enam kempen dan menempah iklan di Google dan Facebook dan juga untuk memantau web sosial.

"Kami mempunyai 600,000 peminat pada halaman dan 75 peratus berumur bawah 35 tahun. Facebook adalah satu trend baharu dan media baharu dan sebab itu kita mesti berada di Facebook," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan