Azmin Berdolak-Dalik Dalam Isu Pendidikan Tinggi Percuma

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengerusi Penyokong Kerajaan Selangor Mohamed Azmin Ali pada Isnin berdolak-dalik apabila dicabar oleh seorang anggota pembangkang supaya kerajaan negeri memberi pendidikan percuma kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) milik Kerajaan Selangor.

Datuk Subahan Kamal (BN-Taman Templer) meminta kerajaan negeri melaksanakan pendidikan percuma kepada para pelajar Unisel selepas Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata Kerajaan Selangor mempunyai rizab dalam bentuk tunai dan pelaburan bernilai RM2.1 bilion.

Subahan berkata demikian semasa mencelah ketika Azmin sedang membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Selangor 2012 berjumlah RM120.1 juta pada Sidang Dewan Undangan Negeri yang bermula di sini, Isnin.

Namun, apabila Subahan mengemukakan cabaran itu, Azmin berdolak-dalik dengan mengatakan kononnya tanggungjawab memberi pendidikan kepada pelajar adalah pada kerajaan persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) bangkit mencelah dan berkata Azmin mungkin tidak menyedari pengagihan peruntukan kepada Selangor adalah juga dalam bentuk peruntukan pembangunan di bawah Kementerian Pelajaran dan kementerian lain, bukannya secara terus kepada kerajaan negeri.

Semasa perbahasan itu, Subahan juga bangkit dan mendakwa Azmin cuba mengelirukan Dewan dengan membuat perbandingan antara perbelanjaan perbekalan tambahan di Parlimen dan perbekalan tambahan di Dewan Undangan Negeri.

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan itu dicadangkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan disokong oleh Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok.

Pada 9 November lepas, melalui Enakmen Perbekalan (2012) 2011, sejumlah RM1.6 bilion diluluskan bagi peruntukan perbelanjaan perkhidmatan negeri.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pembangkang Wong Koon Mun (BN-Kuala Kubu Baharu) semasa membahaskan permohonan perbekalan itu, berkata perbekalan tambahan yang kerap dicadangkan oleh kerajaan negeri pada hampir setiap persidangan menunjukkan kerajaan negeri tidak cekap dalam pengurusan kewangan.

Beliau mempersoalkan jika kerajaan negeri mendabik dada kerana mempunyai lebihan menerusi rizab yang tinggi tetapi mengapa tidak pula dinyatakan jumlah hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan.

Wong juga berkata 65 peratus daripada peruntukan perbekalan tambahan itu diperuntukkan bagi membiayai pembayaran pelarasan gaji penjawat awam kerajaan negeri selaras dengan pelarasan gaji penjawat awam kerajaan persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia.

Bagaimanapun, Wong berkata baki 35 peratus daripada peruntukan perbekalan tambahan itu tidak dinyatakan secara terperinci dan beliau memohon supaya perincian peruntukan tambahan itu diperincikan.

Wong berkata rakyat juga ingin tahu sebab kerajaan negeri membayar RM181 juta bagi tanah seluas 90.52 hektar yang dimiliki oleh Talam Corp yang nilai pasarannya ialah RM139 juta dalam proses pengambilalihan hutang Talam Corp.

Perbahasan disambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan