Anwar Harus Segera Bersara, Tidak Perlu Tunggu PRU - Shafie

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA MARUDU: Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu menunggu sehingga selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk bersara dari dunia politik.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata beliau percaya rakyat negara ini tidak bergantung hanya kepada seorang individu bagi membela masa depan mereka.

"Saya yakin rakyat Malaysia khususnya Sabah lebih percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding Anwar dan jika dia mahu bersara tidak perlu tunggu sehingga selepas pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Moginakan Kimaragang peringkat negeri Sabah anjuran Persatuan Kimaragang Sabah Bersatu di Kampung Samparita, Ulu Bengkoka, kira-kira 30 kilometer dari pekan Kota Marudu di sini, Isnin.

Beliau diminta mengulas mengenai wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times pada Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU13 dan akan kembali mengajar.

Mohd Shafie yakin masyarakat di luar bandar khususnya di Sabah lebih mengagumi kewibawaan Najib untuk membela nasib mereka berbanding pentadbiran parti pembangkang di beberapa buah negeri yang mengalami pelbagai masalah seperti Selangor dan Kelantan.

Menurutnya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu membawa pembangunan yang berterusan kepada rakyat di negara ini khususnya masyarakat luar bandar dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan