Salah Guna Media Baru Jejas Pergaulan Generasi Muda

Diterbitkan: Ahad, 8 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemunculan media baru seperti laman sosial Facebook, Twitter dan blog jika tidak terkawal dan disalah guna, boleh menyebabkan pergaulan di kalangan masyarakat semakin terhad, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Che Azemi Haron.

Beliau berkata masyarakat kini juga lebih terkongkong dengan media baru sehingga kadangkala menyebabkan pengguna, terutama golongan muda, mudah terpengaruh dengan penulisan yang diolahnya.

"Kadangkala olahan mereka itu menarik, walaupun fakta tidak betul tapi dengan penonjolan bukti yang direka, ia nampak macam betul, jadi kita nak generasi muda hindarkan perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menutup program 'Jom Generasi Y!: Stand As One' anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di sini, Ahad.

Azemi juga berkata penggunaan media baru secara betul akan memberi banyak manfaat kepada pengguna kerana membolehkan orang ramai bertukar pandangan selain menghimpunkan lebih ramai kenalan. "Jadi, janganlah gunakan Facebook, Twitter dan sebagainya untuk menghentam individu lain kerana ia tak membawa manfaat," katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah Jasa Datuk Fuad Hassan berkata seramai 7,000 remaja menyertai pelbagai acara sepanjang program dua hari tersebut termasuk permainan papan selaju, BMX, paintball, playstation dan fotografi.

Beliau berkata ini merupakan percubaan Jasa untuk mewujudkan hubungan baik dengan generasi muda dalam kelompok 19 dan 27 tahun yang digelar Generasi-Y.

Sementara itu, seorang pelajar Muhammad Syaifullah Mohd Pini, 19, berkata penganjuran program sebegini perlu dibuat lebih kerap supaya golongan seangkatannya didedahkan dengan aktiviti sihat.

Bagi pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Jalinah Jimpih, 20, penganjuran program itu dapat menggalakkan perpaduan di kalangan remaja di negara ini.

S.Anaden, 17, pula berkata penganjuran program sedemikian membantu beliau dan rakannya bergaul dengan kaum lain yang mempunyai minat serupa. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan