Polis Akan Siasat Dakwaan Skandal Dinar Emas Kelantan

Diterbitkan: Ahad, 8 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Polis akan menyiasat dakwaan skandal dalam urus niaga dinar emas kendalian Kelantan Golden Trade Sdn Bhd jika ada fakta yang menyokong laporan polis oleh gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dan seorang penulis blog.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata itu adalah laporan polis kedua yang diterima berhubung isu tersebut. "Laporan pertama itu telah kita serahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Laporan kali kedua ini mereka mahu polis siasat. "Kalau ada fakta kita akan siasat. Kalau ada kes prima facie kita akan teruskan," katanya ketika ditemui pemberita pada Hari Keluarga Polis Kelantan, di Pengkalan Chepa, di sini, Sabtu.

Pada Jumaat, NGO berkenaan dan penulis blog 'Kickdefella' Syed Azidi Syed Abdul Aziz bertindak membuat laporan polis berhubung dakwaan skandal dalam pengeluaran dirham dan dinar emas membabitkan anak syarikat kerajaan Kelantan itu.

Mengulas lanjut, Jalaluddin berkata setakat ini polis belum memanggil mereka yang membuat laporan berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan