PM Buat Tinjauan Mesra Di Pasar Seksyen 1 Bandar Baru Bangi

Diterbitkan: Ahad, 8 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDAR BARU BANGI: Suasana sekitar Pasar Seksyen 1 di sini pagi hujung minggu tidak seperti lazimnya pada Ahad apabila keadaannya pantas bertukar menjadi bertambah ceria dengan kehadiran orang ramai berpusu-pusu untuk menyambut dan melihat lebih dekat kelibat tetamu istimewa yang baru tiba dari Putrajaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadual menghadiri program Jelajah Janji Ditepati di Teras Jernang di sini, terdahulu mengambil kesempatan untuk membuat tinjauan mesra di sekitar kawasan pasar itu.

Beliau yang tiba di perkarangan pasar pada kira-kira pukul 9 pagi, terus bersalaman dengan orang ramai, sebelum memulakan tinjauan mesra, bermula di kawasan pasar ikan dan daging serta sayur-sayuran, sebelum menyusuri gerai-gerai di sebelahnya.

Bersama-sama Najib pada majlis itu termasuk beberapa pemimpin Barisan Nasional Selangor seperti Timbalan Pengerusinya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, pemimpin-pemimpin tempatan dan lain-lain lagi.

Beliau kemudiannya menyertai orang ramai bersarapan di hadapan kawasan gerai makanan, dengan disertai beberapa penduduk tempatan; tua, muda, tanpa mengira kaum mahupun lapisan masyarakat.

Sarapan paginya itu sesekali diselang-seli dengan sapaan orang ramai, dan ada yang sempat berbual dan mengambil kesempatan untuk menyuarakan sesuatu ke telinga pemimpin nombor satu negara itu.

Selesai bersarapan, Najib meneruskan tinjauan mesra dengan menjengah ke beberapa gerai makanan dan bersalaman dengan orang ramai yang rata-rata kelihatan ceria dengan kehadirannya.

Perdana Menteri kemudiannya beredar meninggalkan kawasan pasar itu pada pukul 10.15 pagi, menghala ke arah Teras Jernang kira-kira 5km dari sini untuk program berikutnya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan