Penyembur Lada Bersaiz Besar Lebih Baik

Diterbitkan: Ahad, 8 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Saiz tidak penting bagi penyembur lada yang membantu golongan wanita melindungi diri daripada serangan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.

Beliau berkata, kebanyakan wanita sentiasa membawa penyembur lada bersama mereka pada hari ini sebagai alat untuk mempertahankan diri ketika berdepan perkara tidak diingini.

Bagaimanapun, Ku memberi amaran bahawa menggunakan penyembur lada ke arah sesiapa saja atas sebab-sebab lain daripada melindungi diri adalah satu kesalahan.

"Tiada masalah untuk membawa alat tersebut kerana ia dapat membantu melindungi mereka daripada diserang," katanya dalam satu temu bual.

Pakar produk keselamatan, Edmund De Run menasihatkan golongan wanita untuk membeli alat tersebut dalam saiz yang lebih besar kerana mereka mungkin diserang lebih daripada seorang.

"Bagaimana jika anda diserang lebih daripada enam lelaki? Penyerang sentiasa mempunyai ramai pengikut," katanya.

De Run berkata, terdapat pelbagai jenis penyembur lada di pasaran, malah ada di antaranya bersaiz sekecil pemegang kunci.

Malah, katanya, wanita dalam keadaan bahaya jika mereka kehabisan penyembur lada atau gagal melarikan diri daripada penyerang.

De Run berkata, golongan wanita perlu memegang penyembur lada ketika berada dalam situasi berbahaya terutamanya di tempat letak kereta.

"Penyembur lada juga amat berguna di rumah anda. Anda boleh meletakkannya di tempat yang senang dicari sekiranya anda terdengar bunyi mencurigakan pada waktu malam," katanya.

Syarikatnya mula menjual penyembur lada kepada orang ramai pada 2004 selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

Katanya, penyembur lada itu yang diimport dari Afrika Selatan turut digunakan anggota polis di sana untuk menghalau singa.

De Run berkata, penyembur tersebut yang boleh didapati dalam saiz 60ml dan 45ml boleh disasarkan ke arah penyerang sehingga sejauh empat meter.

Sebaik saja penyembur yang mengandungi capsicum tulen ditekan, penyerang akan mengalami kesukaran untuk bernafas, penglihatan kabur, sakit dan disorientasi.

Keadaan itu akan dirasai selama 30 minit hingga sejam tetapi tidak membawa maut.

De Run berkata, sesiapa yang ingin membeli alat tersebut perlu mendaftar dengan polis.

Namun, Ku memberitahu bahawa penyembur lada itu hanya boleh digunakan sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan diri.

"Saya akan katakan cara perlindungan terbaik adalah melarikan diri secepat mungkin jika anda boleh berbuat demikian," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan