Kepimpinan Negara Lakukan Yang Terbaik Untuk Generasi Muda - PM

Diterbitkan: Ahad, 8 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kepimpinan negara akan melakukan yang terbaik bagi masa depan generasi muda.

Perdana Menteri berkata sebagai pewaris negara dan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara di semua peringkat, sudah tentu mereka mahukan masa depan yang lebih baik daripada hari ini.

"Kita dapat lihat bagaimana Di Timur Tengah, Afrika, malah di Eropah, kadar pengangguran mencecah sehingga 40 peratus.

"Tetapi di negara kita, melalui dasar dan perancangan yang rapi serta pelaksanaan yang berkesan, golongan belia yakin terhadap masa depan negara yang lebih baik. "Inilah perjalanan kita lalui dan inilah agenda transformasi negara," katanya pada program 'Ekspresi Remaja Bersama Perdana Menteri' di Stadium Negara, di sini, Sabtu.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Najib menegaskan bahawa kerajaan menganggap generasi muda sebagai aset dan khazanah yang amat bernilai. Beliau berkata kerajaan akan meningkatkan lagi proses 'engagement' dengan golongan muda yang disifatkannya sebagai pelaburan bagi masa depan negara.

Najib turut merujuk kepada penganjuran 'Himpunan Jutaan Belia 2012' di Putrajaya baru-baru ini yang dilihatnya sebagai amat berjaya. "Akan ada satu lagi program minggu depan (berbentuk) kegiatan sukarelawan yang akan diperkasakan bersama golongan muda dan belia," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan