Kejayaan Kerajaan Selangor Hanya Tabur Janji Dan Pasang Papan Tanda - Noh Omar

Diterbitkan: Ahad, 8 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Kejayaan Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sejak 2008 hanya setakat menabur janji dan memasang papan tanda untuk mencari publisiti, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu berkata kegagalan kerajaan negeri itu menunaikan janji dantanggungjawab telah membuka mata rakyat mengenai kredibiliti dan kebolehan mengurus negeri itu, berbanding Barisan Nasional (BN) yang memajukan negeri itu selama 50 tahun lalu. Noh berucap pada majlis Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Selangor, di Padang Kawad Lembaga Hasil Dalam Negeri di sini, Ahad. Program edisi ke-6 itu dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapha Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M. Kayveas; Ahli Parlimen Sepang merangkap koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin; dan timbalan-timbalan menteri.

Katanya, dalam tempoh tiga tahun Najib menerajui negara ini, pelbagai janji diisytiharkan dan disusuli dengan pelaksanaan berkesan demi menjamin kesejahteraan dan masa depan rakyat.

Antaranya ialah Klinik 1Malaysia, bantuan pelajar RM100, baucer buku RM200, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia, Program Perumahan Nelayan, Kedai Rakyat 1Malaysia dan yang terbaru bantuan Teksi Rakyat 1Malaysia.

"Tak ada dalam dunia ini dimana kerajaan sanggup memberi penghormatan kepada pemandu-pemandu teksi...bagi membela nasib pemandu-pemandu teksi," katanya.

Jelasnya, kerajaan di bawah pimpinan Najib benar-benar membela nasib semua lapisan rakyat di negara ini dengan mempunyai agenda dan hala tuju terancang. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan