Idea Wujudkan Kg Baru Kedua Tidak Relevan - Nong Chik

Diterbitkan: Ahad, 8 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Idea pembangkang untuk mewujudkan Kampung Baru kedua di kawasan luar Kuala Lumpur merupakan satu tindakan yang kurang bijak dan tidak relevan sama sekali.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata cadangan itu menunjukkan sikap pembangkang yang hanya pandai bercakap tidak tidak memikirkan cara untuk merealisasikannya.

"Lokasi mana nak bina Kampung Baru kedua... Mungkin di Selangor. Mereka tidak fikir kesan tindakan itu yang mana ia sudah pasti menyusahkan penduduk Kampung Baru sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Titiwangsa kali ke-27 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, Ahad.

Beliau juga berkata senarai anggota jawatankuasa Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) akan diumumkan pada 18 Julai. Projek pembangunan Kampung Baru meliputi kawasan seluas 151.57 hektar iaitu lebih luas daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC) iaitu 40 hektar, yang juga antara projek pembangunan hartanah terbesar di dunia.

Dalam perkembangan lain, Raja Nong Chik berkata kerajaan sentiasa menitikberat soal kebajikan penduduk sebelum melaksanakan sebarang pembangunan di kawasan sekitar Kuala Lumpur.

Dalam rancangan pembangunan Kampung Kerinchi, beliau berkata kerajaan hanya memindahkan penduduk ke kawasan baru yang berhampiran kediaman mereka kerana tidak mahu menyusahkan penduduk berkenaan seperti perlu menukar sekolah anak jika dipindahkan ke kawasan yang jauh dari kediaman asal mereka.

"Pembangunan Kampung Kerinchi adalah satu projek untuk rakyat tetapi apabila ia dipolitikkan oleh pembangkang.

Akibatnya, lapan peratus penghuni yang menentang usaha pembangunan kerajaan itu hanya menerima pampasan RM70,000 manakala yang lain memperoleh rumah yang bernilai hampir setengah juta, katanya.

Seramai 421 penghuni rumah pangsa empat tingkat di Kampung Kerinchi bakal mendapat manfaat di bawah konsep Kehidupan Baru K-Baru apabila pembinaan Kerinchi Residensi berkeluasan setiap unit 882 kaki persegi dengan tempoh pajakan 99 tahun, dijangka siap menjelang tahun 2015. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan