Hentikan Tuduhan Badan Eksekutif Campurtangan Dalam Badan Kehakiman - Tun Zaki

Diterbitkan: Ahad, 8 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu menghentikan tuduhan yang mendakwa badan eksekutif campur tangan dalam urusan badan kehakiman di negara ini, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi.

Beliau menegaskan ketika menjadi Ketua Hakim Negara bermula tahun 2008, Perdana Menteri atau menteri kabinet lain tidak pernah campur tangan atau bertanya tentang kes-kes yang berjalan di mahkamah negara ini.

"Hubungan yang ada antara saya dan Perdana Menteri adalah semasa proses pelantikan hakim, belanjawan untuk badan kehakiman atau urusan lain seperti dalam perlembagaan. "Jangan sesekali tuduh badan kehakiman tunduk kepada badan eksekutif. Ini terbukti oleh fakta, beberapa kes dalam sejarah, kita tidak memihak kepada badan eksekutif," katanya ketika berucap menutup bengkel khas Penggubalan Undang-undang Negara di Parlimen di sini, Ahad.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang. Zaki bersara daripada badan kehakiman ketika berusia 66 tahun pada 12 September tahun lepas.

Beliau memberikan contoh kes ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Jika ada campur tangan sudah tentu mereka (badan eksekutif) mahu Anwar disabitkan dalam kes itu bagi menghalang dia daripada buat masalah kepada badan eksekutif," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Zaki yang juga Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam berkata lebih 90 peratus daripada kira-kira 1,000 maklumbalas diterima suruhanjaya itu melibatkan kenaikan gaji serta elaun kakitangan awam.

"Kita tidak menafikan keperluan kenaikan gaji ini, namun apa yang lebih penting bagaimana kita hendak menambah baik perkhidmatan awam supaya mampu memberikan hanya yang terbaik untuk rakyat.

"Sekiranya perkhidmatan awam lebih baik, lebih cepat dan tepat, kos pengurusan ditanggung kerajaan berkurangan. Jika kos kurang sudah tentu ada ruang dalam belanjawan untuk naikkan gaji, kakitangan awam perlu fikir begitu," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan